PUMKIN CHAMPION as breeder
Walau bagaimanapun baka-baka bermula daripada America. Baka-baka America ini dihasilkan dari berbagai baka ayam laga dari Eropah dan timur. Sebahagian dari strains yang popular adalah Hatch, Kelso, Albany, Sweater, White Hackle, Claret, dan RoundHead. Selain dari American Game fowl baka-baka lain yang digunakan seperti Spanish, Cuban dan lain-lain.
Baka-baka yang dihasilkan di ladang kami adalah baka-baka winner bloodlines. Kebanyakan dari baka-baka ini adalah dari campuran RoundHead, Kelso, Sweater dan beberapa campuran baka American game fowl. Baka-baka ini dihasilkan kerana mempunyai record kemenangan yang tinggi. Ayam-ayam laga dari ladang kami mempunyai kelincahan yang tinggi, pukulan yang tepat, pantas dan kuat. Baka-baka ini juga mempunyai semangat juang yang sangat tinggi. Baka-baka ini secara umumnya dikenali sebagai Battle Cross. Kegunaan utama ayam ini adalah untuk digunakan di dalam Gelanggan Pertarungan. Walau bagaimanapun baka-baka ini mempunyai bentuk badan yang cantik dan bulu yang terang dan cantik. Jadi ia juga sesuai dipelihara untuk menjadi haiwan peliharaan untuk rekreasi. Walau bagaimanapun perhatian haruslah diberi sewaktu mengendali ayam-ayam jantan kerana sifatnya yang sangat garang dan sangat berani mempertahankan wilayah mereka. Tindakan memukul, atau berkasar tidak akan menakutkan baka-baka ayam ini.
Buat masa ini, kami hanya mempunyai anak-anak ayam jantan yang masih muda kerana buat masa ini ayam-ayam kami hanya dibekalkan kepada pelanggan profesional yang menggunakan ayam-ayam ini untuk Pit Fight di sekitar semenanjung Malaysia. Kami akan cuba sebaik mungkin untuk menyediakan Ayam-ayam jantan untuk pelanggan-pelanggan yang ingin medapatkan ayam di blog ini.
Anda Boleh Membeli Ayam-Ayam Ini Jika Berminat
No comments:
Post a Comment